user avatar
ʾAdam أبو الخليل
@HEAdamIII
Muhammadan • Sunnis • Hadithis
🇲🇾
Joined December 2020
  • user avatar
    Disunatkan untuk azan di lubang benam tersebut, sehingga mangsa dijumpai. Azan dilaungkan untuk mempermudahkan urusan/hilangkan kesulitan, termasuklah cari orang hilang. Ini difatwakan oleh al-'Allamah Ibn Hajar al-Haytami di dalam Tuhfat al-Muhtaj, 2/81.
    Lubang benam (sinkhole) yang berlaku di KL baru ini, dapatlah belajar beberapa perkara. 1. Rupanya hampir 40% dasar bawah tanah bandar Kuala Lumpur diliputi batu kapur yang mempunyai risiko bencana geologi seperti lubang benam. Kenapa dengan batu kapur? Ini bebenang 🧵
  • user avatar
    haiwan laut halal dimakan, tidak perlu disembelih. namun, makan ketika haiwan itu masih hidup hukumnya makrūh, seperti yang difatwakan oleh al-Nawawi. sebahagian ulama seperti Abu Hamid al-Isfirayini mengharamkannya kerana ada unsur menyeksa. pastikan haiwan itu mati dahululah.
  • user avatar
    Duduk di rumah mertua lazimnya akan menghasilkan banyak kesulitan dan kesukaran buat isteri. Allah larang para suami menyulitkan isteri. وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ "Janganlah memudaratkan mereka (isteri kalian) yang bakal menyulitkan urusan mereka. " [65:6]
    Bila dengar cerita isteri kena salin baju dalam toilet, pakai tudung/stokin dalam rumah sebab duduk rumah mertua, semoga Allah gandakan pahala 🥲 Para suami usahalah utk cari rumah sendiri walaupun rumah tu rumah kecil. Rumah utk isteri berehat/bebas utk uruskan rumah tangga.
  • user avatar
    Antara waktu doa mustajab: ketika melihat orang lain mendapat nikmat. Contoh, ada kawan kita beroleh apa-apa sahaja nikmat macam sales berjuta, berjaya graduate, berjaya temuduga, dapat kerja, dapat bonus... time itu kau cakap tahniah, time itulah kau doa kepada Allah jugak!
  • user avatar
    Seorang suami yang memaksa isterinya untuk bersetubuh, lantas mengkasarinya dan membuatkan isterinya itu sakit, tidak selesa atau cedera; maka suami itu telah mengingkari Allah dan Rasul-Nya. Islam berdiri di atas keadilan dan kemaslahatan kedua-dua jantina. Bukan seorang sahaja.
  • user avatar
    Firaun bukan setakat tak solat, dia mengaku diri sebagai Tuhan lagi. Iblis pun tak pernah buat. Tapi, Firaun ada kerajaan yang hebat, kekayaan melimpah, kekuatan yang dahsyat. Allah masih beri, tidak semestinya Allah redha. Semoga abang diberi hidayah.
    I've not prayed for half a decade and look at me Alive and well, thriving and pissing on the very idea you call 'god'
  • user avatar
    menziarahi maqam Rasulullah ﷺ ialah ketaatan yang agung dan mulia di sisi Allah, simpanlah niat dan hasrat kita untuk menziarahi al-qabr al-shariff
    صلى الله عليه وآله وسلم🥹🤍
    00:00
  • user avatar
    "baca zodiak takpe, percaya jangan" Rasulullah ﷺ kata, إذَا ذُكِرَت النُّجُومُ فَأَمْسِكُوا "Jika ada tersebar informasi tentang astorologi (zodiak, dll); maka kalian tahanlah ia (jangan sebar/amal/terdetik nak percaya langsung)." –Tabrani
  • user avatar
    Rasulullah ﷺ larang al-Tabattul iaitu sengaja membujang & anti-kahwin. Tidak berkahwin itu dilarang bila ada mindset buruk tentang pernikahan. Adapun jika tidak berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kewajiban, sakit, dll alasan VALID di sisi SYARA'; semoga jodohnya itu di Syurga
  • user avatar
    sebenarnya Saidatina Khadijah hanya duduk di rumah, dia beri modal perniagaan daripada hartanya yang banyak. Yang keluar bekerja/berurusan ialah staf beliau, Maysarah. Maysarah ni lelaki. Maysarah memang nama lelaki di sisi Arab pun asalnya. Khadijah bukan seperti wanita kini
  • user avatar
    kita berhak bersikap "memilih" ketika proses taaruf, mencari pasangan. تَخَيَّرُوا لِنُطَفِكُمْ "pilihlah yang terbaik untuk kamu meletakkan benih kamu." rejectlah semahunya, tapi ingat – dunia ini ibarat roda.
  • user avatar
    Wahai Allah, Tuhan kepada hujan. Rabb kami, yang Maha Mulia Maha Agung. Ilah kami, turunkan hujan ke negeri lain yang belum mendapatkannya. Allah, surutkan banjir dan hindarkan kami dari bala bencana serta kerosakan. Allah, kami tiada lain selain Diri-Mu. Hanya Engkau kami seru.
  • user avatar
    Dianjurkan untuk berdoa memohon apa sahaja hajat setiap kali selepas membaca al-Quran; samada melihat mushaf atau secara hafazan. Sunnah yang ditinggalkan kini.
  • user avatar
    Semoga Allah menemukan kita dengan Malam al-Qadr. Malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam turunnya Jibril dan para malaikat memenuhi langit dunia dan ruang dunia ini. Sejahteralah ia hingga terbit fajar. Moga Allah bantu kita untuk menghidupkannya dengan ibadah.