Kubur adalah tempat tinggal yang pasti. Ia gelap, sempit, panas, busuk dan keseorangan.
Bacalah alMulk setiap malam, insyaAllah ia memberi cahaya, melapangkan, memberi kedinginan, dan mewangikan ๐คฒ. "AlMulk ialah penghalang dan pelindung daripada azab Kubur". (Hadis Sahih)
Ustazah Asma' Harun
1,238 posts
Pendakwah | Penulis | Like, Follow, Subscribe laman sosial rasmi UAH ๐๐
Joined March 2020
- Malam ni Nisfu SYA'BAN, salah satu malam yang paling MULIA dan BARAKAH, moga kita boleh buat persiapan untuk bertemu malam ini dengan ILMU DAN AMAL. Sungguh amatlah rugi bagi yang terlepas mengambil peluang yang Allah kurniakan โจ
- Jika solat kita kelam-kabut, resah dan gelisah.. Begitulah juga hidup kita, kelam-kabut, resah dan gelisah, tak tentu arah dan tiada ketenangan. ๐
- Bila dah biasa terluka, belajarlah merawat sendiri. Bila dah biasa tak dihargai, belajarlah menyayangi diri sendiri.
- Sebenarnya yang paling banyak menyakiti diri sendiri adalah bisikan yang bermain dalam fikiran. Berhentilah menyalahkan diri di atas kesilapan yang berulang kali dilakukan. ๐ฅ
- KITA SEDANG BERADA DI GERBANG SEPULUH MALAM TERAKHIR, BERILAH SEBAIK TUMPUAN. REHATKANLAH SEDIKIT DIRIMU DARIPADA SANDIWARA DUNIA YANG PENUH TIPUDAYA. GIGITLAH LIDAHMU DARIPADA BERKATA KEJI, GENGAMLAH JARIMU DARIPADA MENULIS YANG MENJADIKANMU MUFLIS.
- Memang susah nak sentiasa positif, tapi lagi susah hidup dalam negatif. buatlah pilihan, sendiri kawal fikiran, tarik nafas, zikir, jalan terus. ๐
- Sedarlah diri, bahawa kita sedang meniti jalan menuju mati. Tak lama lagi pasti akan mati. Sampai bila mahu berlawan, Dengan perintah Tuhan, Kita takkan menang, Kita takkan tenang. Jangan bertangguh untuk kembali, Dia sentiasa menanti, dengan pengampunan tak bertepi.
- ALLAHU AKBAR, TELAH TIBA MALAM TERAKHIR RAMADHAN ๐ข ๐, berdoa sungguhยฒ semoga kita dilipih ALLAH untuk dibebaskan daripada neraka,
- Ya Allah Jadikan kami hambaMu yang soleh & khalifahmu yang amanah. Kurniakan kami Husnul Khatimah, Barzakh kami seperti Taman Syurga, Mahsyar kami dibawah naunganMu dan berikan rahmatMu untuk kami ke SyurgaMu tanpa dihisab tanpa diazab..๐คฒ๐
- Perkara paling sukar dalam hidup adalah menguruskan hati. Ia terlalu cepat bolak balik. Kejap bahagia kejap derita. Kejap kuat kejap lemah. Kejap tenang kejap resah. Kejap maaf kejap benci. Kejap sabar kejap marah. โค๏ธHati dibawa mati untuk diserah kepada Ilahi๐คฒ
- "Ya Allah, Jika bukan pelabuhan tempat kembali mereka, jadikanlah Syurgamu sebaik-baik tempat kembali buat mereka dan kami jua, permudahkanlah urusan mereka ya Allah. Terimalah para prajurit muslim Naggala 402 sebagai syuhada dan beroleh mati syahid.."
- Lagi cepat kita redha, lagi cepat kita bersangka baik dengan ujian Allah, maka Lebih cepat juga Allah buka bungkusan hadiah hikmah buatmu ๐๐


