user avatar
Ikar
@ikarbertweet
Tweet umpama artis, padahal tiada siapa yang mahu baca.
Joined September 2010
  • user avatar
    Nabi Muhammad galakkan Nap, Jepun China, sebahagian Europe juga galakkan nap. Namun entah di mana silapnya kita taknak terima konsep nap ni. Kalau nap dekat office, Universiti dan sekolah dianggap lemah dan pemalas.
    Students in China are encouraged to rest and nap during school
    00:00
    GiGadgets
  • user avatar
    Adik aku menikah hari ni, majlis nikah dekat Pejabat Agama. Lepas nikah bagi nasi minyak tapau dekat keluarga yg ada. Selesai nikah. Covid-19 ini mengajar kita bahawa, majlis kahwin ni boleh je kalau nak buat sederhana.
  • user avatar
    Aku like gambar raya instagram orang macam tabur jagung bagi ayam makan. Tak teragak-agak langsung.
  • user avatar
    Boyfriend yang baik dia takkan suruh gf dia bersabar bila tengah marah, dia sama ada dengar dan angguk atau join dan support kemarahan gf sampai dia puas bercerita. Nanti benda tu akan selesai dgn lancar. Salin tips percintaan ni.
  • user avatar
    Benci betul aku dengan seller shopee yang letak harga RM3 pastu bila klik rupanya RM3 tu bubble wrap, barang sebenar RM15. Dia ingat dia buat mcm tu orang gembira terpedaya ke
  • user avatar
    Patutnya sekolah ajar cara edit video tiktok dgn youtube. Gaji content creator sekarang Rm20k.
  • user avatar
    Aku cukup kagum dengan orang beriman yang senang pasrah dgn prinsip "bukan rezeki la tu". Rasa hidup diorang tenang dan tak rakus. Kalau dah usaha pastu tak dapat, simple je redha "bukan rezeki la tu, insyaallah lain kali ada rezeki lain"
  • user avatar
    Basic sains kot kemandulan boleh berlalu pada lelaki atau perempuan. Kalau tak dapat anak, kena cek la lelaki ke perempuan yang mandul. Takkan 2022 ada orang masih lagi ingat perempuan je boleh mandul. Basic knowledge kot.
  • user avatar
    Korang baru kenal ke Ustaz Abu Syafiq yang mengata Ust Ebit Liew tu? Pergi la tengok blog dia, penuh dengan fitnah, pastu tengok pulak youtube dia berdebat dengan Ustaz Salman Ali. Lepastu, korang nilai la adab dia.
  • user avatar
    Emak bapak yang suka hijack bilik anak sampai anak takde ruang sendiri ni bukan masalah rumah tu rumah dia, tapi sebab mak bapak tu ada masalah hoarder; jenis suka simpan barang tak guna dalam rumah sampai takde ruang nak duduk.
  • user avatar
    Kalau Menteri Pengajian tinggi nak tebus kesilapan Tiktok dia, dia kena perjuangkan pelajar universiti boleh balik kampung PKP dgn mak ayah. Mcm mana cara jangan tanya saya, saya bukan menteri.
  • user avatar
    Kenapalah kerja ni takde cuti sem kan?
  • user avatar
    Ziarah kubur tak patut jadi upacara di pagi raya pertama.
    what opinion will you defend like this?
  • user avatar
    Tengok filem gore pun tak jumpa orang tekap sterika kat mangsa sampai 90 kali, ini gila punya sadistic bebudak ni. Elok kena pukul je dlm penjara nanti.