Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang.
Abdul Hadi Awang
7,822 posts
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Malaysia 🇲🇾
- Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadhan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian Ustaz Dato’ Ismail Kamus ke rahmatullah. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid almarhum, semoga sabar dan redha atas ujian ini.
- Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan. Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara. Abdul Hadi Awang, Putrajaya
- Alhamdulillah, 71 tahun perjuangan PAS di Malaysia semakin diterima oleh rakyat apabila berjaya memenangi kerusi parlimen paling banyak dan memperoleh undi popular tertinggi dalam PRU-15. Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas dukungan dan kepercayaan kepada PAS dan PN.
- Saya menyeru seluruh umat Islam supaya membaca Doa Qunut Nazilah setiap kali solat bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT supaya diselamatkan daripada wabak Covid-19. Semoga Allah melindungi seluruh rakyat Malaysia dan suasana kembali pulih.
- Segala yang berlaku telah berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang penting kita jujur kepada rakyat, bersabar, dan tetap istiqamah. Terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi. Kita telah berusaha sedaya upaya.
- Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Insya-Allah saya akan memanfaatkan sedikit pengalaman untuk membantu Kerajaan Malaysia memimpin agenda perpaduan ummah dan keamanan sejagat.
- Ketika menunggu penerbangan balik ke Kuala Terengganu petang tadi, saya didatangi oleh Ustaz Ebit Lew memohon nasihat untuknya. Saya berpesan supaya banyakkan sabar dalam berdakwah. Jadikan Surah Al-Fatihah sebagai doa memohon hidayah petunjuk dan pertolongan hanya kepada Allah.
- Saya menyeru sekalian umat Islam untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis, serta digalakkan masjid dan surau untuk mengalunkan bacaan Al-Quran sebelum dan selepas Azan.
- Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya, tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan dengan apa cara sekalipun. harakahdaily.net/index.php/2022…
- Mendengar bacaan Al-Quran anakanda Muhammad Naja, pengidap penyakit Cerebral Palsy atau lumpuh otak sejak kecil, yang menghafaz Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 10 bulan melalui pendengaran semata-mata. Subhanallah, Mukjizat Al-Quran Kalamullah.
00:00 - Apabila berada di tengah lautan, diri berasa kerdil, hati berasa tenang. Di sinilah saya mengumpul kekuatan jiwa kerana laut mengajar erti tawakkal kepadaNya dan mendidik sifat sabar tanpa putus asa.
- Dia sentiasa di sisi, menemani di waktu senang dan susah. Suri hati setia ❤️
- Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang "Piagam Muafakat Nasional" #HPU914 #IslamMemimpinPerpaduan











