user avatar
ARN πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ΄πŸ‡΅πŸ‡Έ
@IamAjak
Just follow je ✌🏼 Favourite : Enakmen Jenayah Syariah | Perundangan Keluarga Islam | Bertugas di Agensi Agama Islam
Selangor, Malaysia
Born September 4
Joined November 2020
  • Pinned
    user avatar
    Selaku petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 selalunya aku menguruskan jenazah orang lain. Hari ini serba tak kena buat aku. Aku menguruskan jenazah mak aku. Ya, mak aku sendiri.
  • user avatar
    Assalamualaikum. Mak saya baru meninggal dunia sebentar tadi. Saya mohon doa kalian semua agar roh mak saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Innalillahi wainnalillahi roji'un.
  • user avatar
    TPM buat video call tanya anak-anak apa khabar. Frontliners macam aku yang kehilangan mak disebabkan Covid-19 dan ayah aku juga positif Covid-19 dipandang sepi. Mungkin aku bukan selebriti? Menguruskan jenazah Covid-19 tak popular tapi Allah pandang. πŸ™‚
  • user avatar
    Macam ni rupanya caranya ayah aku cari ketenangan lepas isteri dia meninggal dunia. Main dengan cucu. Comel. πŸ₯²
    00:00
  • user avatar
    Berkahwin pada usia muda memang digalakkan tapi pada zaman sekarang berkahwin muda tanpa ada apa-apa itu bakal menyusahkan. Jadi nasihat saya, carilah sumber pendapatan dan kewangan yang mencukupi. Nak bagi anak dara orang dengan cinta je tak kan boleh buat kenyang.
  • user avatar
    Apa yang korang boleh belajar dari perundangan, korang boleh failkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk menghalang mana-mana wanita menjadi pemecah rumahtangga. Jika terdapat bukti kukuh, mahkamah akan keluarkan injunksi. Jadi korang boleh agak kan kenapa Thailand tempatnya? πŸ™‚
  • user avatar
    Saya ada tengok video pendakwah Indonesia, Oki yang mengatakan isteri tutup aib suami walaupun dipukul suami. Mungkin nak tonjolkan peranan isteri jaga aib. Tapi, nasihat saya kepada isteri di luar sana, kalau suami sudah mula naikkan tangan ke wajah, buat terus laporan polis.
  • user avatar
    Ramai lelaki yang tak tahu tapi bila tahu dia buat-buat tak tahu. Dalam Islam, suami sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri. Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan daripada isteri. Jadi hargailah isteri.
  • user avatar
    Perjalanan akhir arwah mak dari awal hingga tanah menutupi jasadnya. Hanya doa sahajalah yang mampu aku titipkan buat arwah mak. Sungguh aku tak mampu menahan sebak. Terima kasih mak. Terima kasih melahirkan dan membesarkan Ajak. Berehatlah mak. Berehatlah.
    00:00
  • user avatar
    Suami yang bersetubuh dengan isteri di siang hari di bulan Ramadan perlu membayar kafarah dengan menggantikan puasa selama 2 bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang miskin. Manakala isteri cuma perlu gantikan puasa mengikut jumlah yang ditinggalkan.
  • user avatar
    Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok. Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat.
  • user avatar
    Adibah Noor rahsiakan kanser ovari tahap empat yang dihidapinya. Kata-katanya dalam Gegar Vaganza, dia nak gunakan duit sekiranya menang untuk bayar hutang kawan-kawan dan semuanya. Mungkin dia sedar dia akan pergi dan tak mahu dibebani hutang. Adibah Noor, kau TERLALU ISTIMEWA!
  • user avatar
    Saya sembang dengan rakan saya ramai ke yang daftar cerai sekarang? Dia kata ramai. Saya tanya berapa ramai? Hampir separuh yang bernikah masa PKP hari tu.
  • user avatar
    Perkahwinan ni bukan bermakna jimak terus pregnant. Jadi korang elakkan bertanya kepada mereka "bila nak pregnant? atau bila nak ada baby?" Ada yang fokus kewangan terlebih dulu, ada yang nak honeymoon dulu, dan ada yang serahkan kepada Allah. Jadi korang doakan je baik-baik.