Langkau ke kandungan utama

Misi kami adalah untuk mereka cara yang lebih murni dalam bekerja

Seseorang menulis pada papan

Kisah kami

Pasukan kami

Drew Houston, Pengasas Bersama dan CEO

Drew Houston, Pengasas Bersama dan CEO

Drew mengasas bersama Dropbox pada tahun 2007. Beliau memimpin pertumbuhan kami daripada satu idea ringkas kepada perkhidmatan yang digunakan oleh beratus-ratus juta orang di seluruh dunia. Drew bertanggungjawab ke atas hala tuju dan strategi produk syarikat kami.

Saman Asheer, Ketua Pegawai Komunikasi

Saman Asheer, Ketua Pegawai Komunikasi

Saman mengetuai komunikasi luar dan dalam serta perhubungan analisis di Dropbox. Sebelum ini, beliau menjadi penasihat klien di seluruh industri mengenai komunikasi korporat dan kewangan di Brunswick Group.

Melanie Collins, Ketua Pegawai Sumber Manusia

Melanie Rosenwasser, Ketua Pegawai Sumber Manusia

Arden menyelia pasukan pekerja antarabangsa kami, termasuk operasi dan pengambilan kakitangan. Sebelum Dropbox, beliau memegang peranan kepimpinan HR di Apple dan GE.

Ross Tennenbaum Ketua Pegawai Kewangan

Ross Tennenbaum, Ketua Pegawai Kewangan

Ross Tennenbaum telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan kami sejak Disember 2025. Sebelum menyertai Dropbox, beliau berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Avalara dan memegang peranan kepimpinan Peranan dalam Perbankan Pelaburan Perisian di Goldman Sachs dan Credit Suisse.

Ali Dasdan

Ali Dasdan, Ketua Pengawai Teknologi

Ali Dasdan telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Teknologi kami sejak Mac 2025. Sebelum menyertai Dropbox, beliau memegang pelbagai peranan kepimpinan dalam kejuruteraan dan pengurusan produk di syarikat teknologi tinggi di Silicon Valley, Amerika Syarikat dan di UK. Beliau memiliki PhD dalam Sains Komputer dari University of Illinois di Urbana-Champaign, Amerika Syarikat.

Ashraf Alkarmi

Ashraf Alkarmi, Pengurus Besar Produk Teras

Ashraf Alkarmi telah berkhidmat sebagai Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan, Produk Teras kami sejak November 2024. Sebelum menyertai Dropbox, beliau memegang pelbagai peranan kepimpinan di syarikat teknologi terkemuka, termasuk sebagai Ketua Pegawai Produk di Vimeo dan Ketua Produk di Amazon dan Meta.

Will Yoon

Will Yoon, Ketua Pegawai Undang-undang

Will ialah Ketua Pegawai Undang-undang Dropbox. Sebelum peranan ini, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Kaunseling Produk & Privasi dan Ketua Pegawai Privasi syarikat. Will juga pernah memegang peranan kepimpinan dalam fungsi kaunseling produk dan fungsi privasi di Facebook dan Google. Beliau memiliki Ijazah Doktor Undang-Undang (Juris Doctor) dari Northwestern University Pritzker School of Law.

Eric Webster

Eric Webster, Ketua Pegawai Perniagaan

Eric Webster telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perniagaan kami sejak Disember 2025. Sebelum menyertai Dropbox, beliau berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Operasi, GTM di Silversmith Capital Partners; Naib Presiden Kanan Jualan di Salesforce; dan Ketua Pegawai Hasil di Mighty AI (diambil alih oleh Uber).

Lembaga Pengarah

Drew Houston, Pengasas Bersama dan CEO

Drew Houston, Pengasas Bersama dan CEO

Drew mengasas bersama Dropbox pada tahun 2007. Beliau memimpin pertumbuhan kami daripada satu idea ringkas kepada perkhidmatan yang digunakan oleh beratus-ratus juta orang di seluruh dunia. Drew bertanggungjawab ke atas hala tuju dan strategi produk syarikat kami.

Lisa Campbell, CMO OneTrust

Lisa Campbell, Bekas CMO OneTrust

Lisa merupakan peneraju dalam industri perisian dengan pengalaman lebih dari dua dekad. Sebagai CMO di OneTrust, Lisa memacu keseluruhan pemasaran dan pemetaan strategik untuk syarikat. Dia juga mempunyai pengalaman yang meluas dalam mentransformasikan jenama dan melancarkan produk dan model perniagaan baharu untuk syarikat Fortune 500 dan startup.

 

Paul Jacobs, Ketua Pegawai Eksekutif Globalstar, Inc. dan Pengerusi Eksekutif VIREWIRX, Inc.

Paul Jacobs, Ketua Pegawai Eksekutif Globalstar, Inc. dan Pengerusi Eksekutif VIREWIRX, Inc.

Paul dianggap meluas sebagai salah seorang peneraju teknologi yang paling berwawasan. Beliau telah membantu mengetuai revolusi mudah alih pada awal tahun 2000-an, mencipta pelbagai teknologi asas yang merealisasikan telefon pintar dan menjadi perintis kepada dunia tanpa sempadan.

Abhay Parasnis Bekas CPO dan CPO Adobe

Abhay Parasnis, Ketua Pegawai Eksekutif Typeface.ai

Abhay membawa lebih dua dekad pengalaman menskalakan perniagaan baharu dan pelantar teknologi inovatif. Sebelum ini, sebagai CPO & CTO di Adobe, beliau bertanggungjawab untuk menerajui strategi produk, visi teknologi dan kejuruteraan untuk portfolio awan Adobe yang pelbagai. Abhay juga memegang peranan kepimpinan di syarikat teknologi utama termasuk Microsoft, Oracle dan IBM.

Karen Peacock, Bekas CEO Intercom

Karen Peacock, Bekas CEO Intercom

Karen mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam mengembangkan pasukan dan menskala perniagaan. Dalam peranannya sebelum ini sebagai CEO di Interkom, dia mengetuai strategi syarikat dan produk apl pemesejan perniagaan. Sebelum ini, dia juga memegang jawatan sebagai SVP Perniagaan Kecil di Intuit, yang dia menyelia semua produk divisyen dan membantu meningkatkan hasil tahunan.

Michael Seibel, Rakan Niaga Emeritus di Y Combinator

Michael Seibel, Rakan Niaga Emeritus di Y Combinator

Michael ialah seorang usahawan, pelabur dan penasihat yang berkemahiran kepada syarikat di seluruh industri. Kini, beliau merupakan Rakan Niaga Emeritus di Y Combinator. Sebelum ini, beliau ialah Rakan Niaga Pengurusan Peringkat Awal YC, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Justin.tv, yang kemudian menjadi Twitch Interactive dan pengasas bersama Socialcam.

Dr. Andrew Moore, pengasas dan CEO Lovelace AI

Dr. Andrew Moore, Pengasas dan CEO Lovelace AI

Andrew membawa pengalaman berdekad-dekad dalam bidang AI, dalam tetapan perniagaan dan akademik. Beliau ialah Pengasas dan CEO Lovelace AI. Peranan beliau sebelum ini termasuk Pengurus Besar dan Naib Presiden untuk bahagian AI Google Cloud dan Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer di Universiti Carnegie Mellon. Beliau memulakan kerjaya sebagai profesor Sains Komputer dan Robotik di CMU.

Warren Jenson, Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Nielsen

Warren Jenson, Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Nielsen

Warren Jenson mempunyai pengalaman mendalam menerajui syarikat berpengaruh melalui tempoh transformasi dan pertumbuhan. Beliau baru-baru ini berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Nielsen Holdings plc. Sebelum itu, beliau adalah Presiden dan CFO LiveRamp Holdings, Inc. Beliau juga telah memegang banyak jawatan C-suite dengan Electronic Arts (EA), Amazon.com, Delta Airlines, dan NBC.