Bintang Liverpool, Mohamed Salah dan pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi menjadi antara 10 pemain yang dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Afrika 2025, umum penganjur pada hari Rabu.
Salah menduduki tempat keempat dan Hakimi keenam dalam Ballon d’Or 2025 dan merupakan pilihan utama untuk anugerah Afrika itu.
Salah telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Afrika sebanyak dua kali manakala Hakimi sedang memburu kejayaan pertama.
Selain daripada Salah, dua lagi pencabar dari Liga Perdana Inggeris adalah kedua-duanya pemain Senegal iaitu pemain tengah Tottenham Hotspur, Pape Matar Sarr dan penyerang Everton, Iliman Ndiaye.
Terdapat dua calon yang berpangkalan di Afrika, pemain Congo, Fiston Mayele dari kelab Mesir dan juara Afrika Pyramids serta Oussama Lamlioui dari kelab Maghribi, Renaissance Berkane Kedua-duanya adalah penjaring prolifik.
Pemenang tahun lalu iaitu penyerang Nigeria, Ademola Lookman tidak termasuk dalam senarai pendek tetapi pemenang 2023 dan rakan senegaranya, Victor Osimhen turut berada dalam senarai tersebut.
Ahli-ahli jawatankuasa teknikal dan pembangunan CAF, jurulatih, bekas bintang dan wakil media terpilih dalam memilih 10 calon itu.
Senarai calon
1) Andre Frank Zambo-Anguissa (CMR/Napoli),
2)Fiston Mayele (COD/Pyramids)
3) Mohamed Salah (EGY/Liverpool)
4) Denis Bouanga (GAB/Los Angeles FC)
5) Serhou Guirassy (GUI/Borussia Dortmund)
6) Achraf Hakimi (MAR/PSG)
7) Oussama Lamlioui (MAR/Renaissance Berkane)
8) Victor Osimhen (NGR/Galatasaray)
9) Iliman Ndiaye (SEN/Everton)
10) Pape Matar Sarr (SEN/Tottenham Hotspur)