Artikel

Tambang Feri Langkawi Kini Naik RM10 – Buat Bukan Pemegang MyKad

Bermula 1 April lalu, tambang feri di Langkawi telahpun mengalami peningkatan sebanyak RM10 ke atas penumpang bukan pemegang MyKad. Pelarasan ini adalah tindak balas pengurusan feri berhubung kenaikan kos api pada ketika ini.

Pelarasan ini bermakna tambang sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah sekitar RM45 (dewasa) dan harga RM35 (kanak-kanak). Sementara tambang sehala dari Kuala Kedah ke Langkawi pula RM55 (dewasa) dan RM42 (kanak-kanak). Perubahan harga ini tertakluk kepada bukan pemegang MyKad.

Manakala penumpang warganegara Malaysia pula tidak terjejas dengan harga caj kekal RM21 (dewasa) dan RM16 (kanak-kanak) dari Kuala Perlis serta dari Kuala Kedah pula dengan RM26.50 (dewasa) dan RM20.50 (kanak-kanak).

Langkah itu jelas pengurusan Langkawi Ferry Line Ventures pada laporan bertujuan mengimbangi kos operasi yang turut terkesan meliputi kos penyelenggaraan, tenaga kerja serta kos pematuhan peraturan perkhidmatan.

Tanpa pelarasan tersebut, industri berpotensi berdepan risiko pengurangan perkhidmatan, gangguan operasi, cabaran jangka panjang serta akhirnya menjejaskan kumpulan pengguna.