Artikel

Dasar BDR: Lembah Klang Berisiko Rugi RM495 Juta Sebulan, Kos Melebihi Penjimatan

Walaupun dasar Bekerja Dari Rumah (WFH) membawa kepada penjimatan bahan api tetapi pelaksanaan secara menyeluruh dilihat boleh menyebabkan kerugian ekonomi negara mencapai sehingga RM1 bilion sebulan dan pengurangan aktiviti ekonomi bandar seperti di Lembah Klang berupaya menyebabkan kerugian sehingga RM495 juta sebulan iaitu hampir 3 kali ganda lebih tinggi daripada anggaran penjimatan.

Perhitungan ini menurut tinjauan Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) pada laporan akan menjejaskan pulangan kepada sebahagian sektor utama. Antaranya dengan pengurangan aktiviti ulang alik ke bandar – sektor stesen minyak berpotensi rugi sekitar RM250 juta, premis makanan dan minuman pula berisiko rugi sehingga RM180 juta secara bulanan tatkala premis runcit rugi RM125 juta dan segmen pengangkutan, seru-pandu berupaya rugi sekitar RM90 juta.

Maka untuk mengimbangi tekanan kerugian tersebut, khususnya sektor swasta adalah wajar laksana pendekatan seperti model kehadiran secara berperingkat mahupun usul hibrid yang lebih seimbang ke atas peranan bukan kritikal. Selain itu langkah sokongan secara bersasar wajar diketengahkan buat PKS.

Tindakan itu dilihat akan membantu kumpulan peniaga merancang kesan kos yang perlu ditampung dan pengurusan perbelanjaan yang cekap dapat diraih tanpa menjejaskan keperluan komitmen dan pendapatan pekerja terlibat.