Tahun 2025 memperlihatkan peningkatan sebanyak 25% pada transaksi e-pembayaran menjadikan jumlah kepada 18.4 bilion berbanding 14.7 bilion pada 2024.
Prestasi ini menurut Laporan Tahunan 2025 Bank Negara Malaysia (BNM) memperincikan setiap rakyat Malaysia telah membuat 538 e-pembayaran berbanding 432 e-pembayaran pada 2024.
Menerusi rekod ini, ia sekali gus menunjukkan Malaysia telah melepasi sasaran ekonomi digital sebagaimana yang digariskan pada Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 yang menggariskan sekurang-kurangnya 15% pertumbuhan dicapai pada purata transaksi e-pembayaran per kapita. Setakat ini Malaysia telah mencapai pertumbuhan 17%.
Lonjakan ini jelas BNM disokong aktiviti penggunaan pembayaran digital secara berterusan dalam arena ekonomi semasa. Ini dapat diperlihat dengan peningkatan transaksi e-pembayaran runcit sebanyak 19% kepada RM831 bilion, diikuti transaksi menggunakan kad melonjak dua kali ganda kepada 20.5%, DuitNow QR pula meningkat 3 kali ganda pada 2025.