Mari Rakam Gambar Seakan Profesional: Fotografi Jalanan & Fotografi Malam Menggunakan Kamera 200MP Xiaomi 17 Ultra

March 6, 2026
Advertorial

Lina Rosli

Jika anda perasan, pada masa kini, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi yang hanya menghubungkan kita dengan sahabat dan kaum keluarga. Tetapi ia juga berfungsi sebagai perakam dan penyimpan memori kita bersama mereka. 

Dan di kebanyakan masa,  telefon pintar juga hadir sebagai “kamera kedua” yang lebih kerap digunakan berbanding kamera sebenar.

Untuk saya sendiri yang boleh dikatakan hampir 24 jam bersama telefon pintar, sudah tentu telefon saya adalah rakan baik dan penyelamat hidup saya. 

Ia cukup berkuasa untuk menyimpan segala maklumat yang saya perlukan – ia juga cukup pantas untuk merakam detik spontan ketika berada di luar, selain turut cukup fleksibel untuk digunakan pada bila-bila waktu.

Di sinilah pengalaman menggunakan Xiaomi 17 Ultra terasa berbeza. Ia bukan sekadar hadir dengan angka 200MP, tetapi memperkenalkan pendekatan fotografi yang lebih serius melalui lensa Leica, sensor 1-inci dengan teknologi LOFIC HDR dan 200MP telefoto dengan zum optik mekanikal 75mm hingga 100mm.

Bagi anda yang mungkin tertanya-tanya bagaimana Xiaomi 17 Ultra ini berfungsi sebagai kamera kedua saya, berikut ialah beberapa tip untuk mendapatkan hasil gambar seakan profesional, khususnya untuk fotografi jalanan dan fotografi dalam keadaan cahaya malap – menggunakan Xiaomi 17 Ultra.

Fotografi Jalanan Lebih Hidup Dengan 75mm Hingga 100mm Optik Sebenar

Secara umumnya, fotografi jalanan memerlukan kepekaan terhadap momen. Kadangkala, apabila anda terlalu dekat dengan subjek, ia boleh mengganggu hasil rakaman.

Dan jika terlalu jauh pula, anda mungkin tidak dapat merakam butiran pada subjek – lebih-lebih lagi untuk subjek yang mempunyai ekspresi seperti manusia.

Oleh itu, dengan penggunaan sensor telefoto 200MP yang merangkumi julat fokus sekitar 75mm hingga 100mm, peranti ini menyokong zum optik mekanikal sebenar. Ini membolehkan setiap tahap pembesaran dalam julat tersebut dilakukan secara optikal, sekaligus membantu mengekalkan kualiti imej serta butiran gambar walaupun ketika melakukan zum.

Berikut adalah tip praktikal yang boleh anda praktikkan:

  • Gunakan 75mm untuk potret candid di jalanan dengan latar belakang yang masih jelas.
  • Pilih 100mm untuk kesan “compression” yang menjadikan latar belakang lebih dramatik dan subjek lebih menonjol.
  • Gunakan dial zum dalam antaramuka kamera untuk kawalan lebih halus, terutamanya ketika merakam seni bina atau detail fasad bangunan.

Menariknya, sensor 200MP ini turut menyokong in-sensor zoom sehingga 400mm (17.2x)

Untuk rakaman papan tanda jauh atau elemen kecil di bangunan lama, fungsi ini sangat membantu tanpa perlu menghampiri subjek.

Fotografi Malam – Manfaatkan Sensor 1-inci Dengan LOFIC HDR

Salah satu kekuatan utama Xiaomi 17 Ultra ialah sensor Light Fusion 1050L dengan teknologi LOFIC HDR pada jarak fokus 23mm

Dalam keadaan cahaya malap, julat dinamik menjadi cabaran utama. Ini kerana, apabila anda menambah cahaya pada subjek, ia berkemungkinan besar boleh memberi kesan kepada butiran asal subjek – sebagai contoh bayang-bayang menjadi pudar dan gambar kelihatan noise.

Dengan LOFIC HDR:

  • Butiran pada lampu jalan, papan iklan dan langit malam lebih seimbang.
  • Bayang pada wajah atau pakaian masih jelas tanpa terlalu gelap.
  • Rakaman video juga boleh diaktifkan secara manual dengan LOFIC sehingga 4K120FPS.

Untuk hasil terbaik, gunakan mod 1x ketika merakam suasana malam bandar. Kehadiran sensor 1-inci ini memberi kelebihan dalam menangkap cahaya secara lebih semula jadi, menjadikan imej kelihatan lebih realistik berbanding terlalu diproses.

Gunakan Master Portrait Mode Untuk Hasil Lebih Sinematik

Xiaomi 17 Ultra hadir dengan lensa Leica APO serta pensijilan Leica APO — menjadikannya antara telefon pintar terawal menerima pengiktirafan tersebut. 

Reka bentuk optik Leica ASPH dan APO membantu mengurangkan aberasi warna dan meningkatkan ketajaman imej.

Master Portrait Mode pula membolehkan:

  • Pemilihan jarak fokus berbeza untuk gaya potret yang lebih artistik.
  • Efek bokeh yang lebih semula jadi.
  • Ton warna kulit yang lebih konsisten.

Untuk potret waktu malam, pilih 75mm dan biarkan sumber cahaya seperti lampu kafe atau lampu jalan menjadi “rim light” di belakang subjek. Hasilnya lebih dramatik dan kelihatan seperti dirakam menggunakan kamera profesional.

Rakam Butiran Bandar Dengan Perincian Warna Yang Lebih Ekspresif

Setiap bandar mempunyai ceritanya yang tersendiri. Ada yang hidup dengan cahaya neon dan papan iklan terang, ada yang lebih tenang dengan tona bangunan lama dan tekstur dinding yang sudah dimamah masa. 

Dalam fotografi jalanan juga, butiran kecil seperti warna bangunan, bayang manusia pada lantai atau persekitaran bangunan sebenarnya memainkan peranan besar dalam membentuk mood sesuatu gambar.

Di sinilah kelebihan lensa 14mm dan 23mm pada Xiaomi 17 Ultra benar-benar terasa dalam penggunaan harian.

Untuk lensa 23mm standard wide, ia merupakan pilihan paling seimbang. Jarak fokus ini hampir menyerupai perspektif mata manusia, menjadikannya sangat sesuai untuk fotografi jalanan. Ia juga sesuai untuk merakam interaksi spontan, potret santai atau suasana bandar tanpa distorsi yang ketara.

Bukan itu sahaja, untuk lensa 23mm pada Xiaomi 17 Ultra juga, ia turut diperkukuhkan dengan sensor Light Fusion 1050L dan teknologi LOFIC HDR. 

Dalam keadaan cahaya malam seperti di dalam bangunan, peralihan antara cahaya terang dan bayang dapat dirakam dengan lebih harmoni. 

Sementara lensa 14mm sudut lebar pula membuka ruang komposisi yang lebih luas. Ia sesuai digunakan ketika merakam suasana bandar yang padat, deretan bangunan tinggi atau lorong sempit yang ingin dirakam secara menyeluruh. 

Perspektif sudut lebar ini memberikan rasa kedalaman yang lebih dramatik, terutamanya apabila merakam dari sudut rendah ke atas.

Fahami Pilihan Lensa Untuk Komposisi Lebih Kreatif

Sistem tiga kamera Xiaomi 17 Ultra merangkumi:

  • 14mm sudut lebar (50MP) untuk landskap dan ruang dalaman sempit.
  • 23mm lebar standard (50MP, f/1.67, OIS, LOFIC HDR) untuk kegunaan harian dan cahaya malap.
  • 75mm hingga100mm telefoto 200MP (f/2.39–f/2.96) untuk potret dan rakaman butiran jarak jauh.

Setiap lensa memberi karakter berbeza. Untuk komposisi profesional:

  • Gunakan sudut-lebar bagi perspektif dramatik.
  • Gunakan 23mm untuk keseimbangan subjek dan latar.
  • Gunakan 100mm untuk potret lebih intim dengan latar yang lembut.

Prestasi Menyokong Kreativiti

Bukan sekadar memfokuskan kamera, Xiaomi 17 Ultra dipacu Snapdragon® 8 Elite Gen 5 serta dilengkapi paparan 6.9-inci Xiaomi HyperRGB OLED 120Hz dengan kecerahan puncak 3500 nits. 

Ia juga menawarkan rakaman video sehingga 8K30FPS dan 4K120FPS termasuk penggunaan rakaman log untuk suntingan warna lebih profesional.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan bateri 6,000mAh dengan 90W HyperCharge serta 50W pengecasan nirwayar pula memastikan sesi merakam dari siang hingga malam tidak terganggu. 

Dari segi perisian, peranti ini menyokong kemaskini sistem operasi selama lima tahun dan keselamatan selama enam tahun.

Di dalam kotak juga, Xiaomi 17 Ultra ini dilengkapi dengan kepala pengecas – khusus untuk unit Malaysia.

Secara keseluruhan, Xiaomi 17 Ultra bukan sekadar menawarkan resolusi tinggi. Ia membawa pengalaman kamera Leica yang lebih matang, digabungkan dengan inovasi seperti LOFIC HDR dan zum optik mekanikal sebenar.

Bagi yang gemar merakam kehidupan bandar, suasana malam atau potret spontan di jalanan, peranti ini memberi ruang untuk bereksperimen dan menghasilkan gambar seakan profesional terus dari telefon pintar anda.

Bagi pasaran Malaysia, Xiaomi 17 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM5,499 untuk varian 16GB + 512GB, manakala varian 16GB + 1TB pula berharga RM5,999. Peranti ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu White, Black dan Starlit Green.

Apa yang menarik, untuk sepanjang tempoh jualan pertama dari 6 hingga 31 Mac 2026, setiap pembelian Xiaomi 17 Ultra akan disertakan dengan Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro bernilai RM1,099 sebagai hadiah percuma – tertakluk sementara stok masih ada.

Selain itu, pembeli turut menerima beberapa penawaran digital lain termasuk baucar GrabGifts RM50, 3 bulan percubaan Google AI Pro, 3 bulan YouTube Premium (untuk pengguna baharu) serta 4 bulan Spotify Premium (untuk pengguna baharu).

Bukan itu sahaja, Xiaomi juga menyediakan jaminan pertukaran 1-ke-1 sekali sahaja, dengan tempoh sehingga 2 tahun untuk Xiaomi 17 Ultra dan 180 hari untuk Xiaomi 17.

Untuk mendapatkan telefon pintar terbaru Xiaomi ini, kunjungi ke Xiaomi Store atau mi.com untuk maklumat lanjut. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd