Pergi ke kandungan

Kod QR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelarai kod tindak balas cepat membawa terus ke laman utama Wikipedia Bahasa Melayu

Kod tindak balas cepat (bahasa Inggeris: quick response code, disingkat QR) adalah sejenis kod dwimatra dibangunkan syarikat automobil Denso Wave di Jepun pada tahun 1994 untuk penandaan barangan hendak dipasang.[1][2][3] Kod ini ditandakan petak bercorak seakan kelarai menyusun modul pepetak hitam kecil berlatar putih sambil diapit pepetak sisi memudahkan maklumat diimbas baik dari sudut menaik mahupun menegak, maklumat tersebut kemudian ditukar kepada data boleh diterima perisian membaca.[4]

Kod dibawa kelarai ini dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada Kod Produk Sejagat (Universal Product Code, UPC) biasa dari jejalur menegak kerana kemampuan sesepetak kelarai mengandungkan maklumat boleh dibaca menegak serta mendatar. Penggunaan ini penting dalam beberapa fungsi termasuk pembayaran dan jual beli.

Penggunaan kod QR bebas daripada sebarang lesen. Ia kini diterbitkan sebagai piawai ISO.

Sesebuah kelarai kod tindak balas cepat dipenjurukan tiga segi empat unik, ketetiga petak ini bertindak sebagai titik sasaran yang mudah dikesan pengimbas imej digital 2 dimensi yang kemudiannya dianalisiskan oleh suatu pemproses beraturcara.

Struktur kod QR, menunjukkan unsur berfungsi
Struktur kod QR, menunjukkan unsur berfungsi

Pemproses ini menentukan QR menggunakan (satu atau lebih segi empat yang lebih kecil pada penjuru keempat kelarai untuk menentukan saiz, orientasi serta sudut pandang. Selepas itu, titik-titik kecil sepanjang kod ini ditukarkan kepada nombor perduaan (binary) serta disahkan dengan algoritma pembetul ralat.

Rekaan kelarai kod yang bermata lebih dari satu penjuru ini membolehkan daya simpanan maklumat berganda dari kod palang yang hanya dapat menampung arah mendatar.

Dalam pemasaran

[sunting | sunting sumber]

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.[5][6] Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.

Berdagang

[sunting | sunting sumber]

Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay[7] dan PayTM.[8]) Pada 2018, kekira 83% pembayaran seluruh dunia menggunakan imbasan kelarai kod pada peranti mudah alih.[9]

Dalam pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Kod ini juga digunakan dalam lingkungan pendidikan sebagai penyimpan bahan perkuliahan.[10] Selain itu, ia boleh diterapkan sebagai sarana mempermudahkan pengesahan ijazah dan transkrip secara nyata dan semasa.[11] Perpustakaan-perpustakaan boleh menerapkan kod ini untuk pembayaran denda dan perkhidmatan umum yang disediakan.[12] Kelarai kod dapat dibubuh pada kad pelajar tidak sahaja memudahkan pencatatan kehadiran siswa serta akses maklumat kepada para siswa, guru dan orang tua murid dalam proses pembelajaran atau pengajaran.

Fungsi lain

[sunting | sunting sumber]

Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.[13][14]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ About 2D Code QR Code.com
  2. ^ Hung, Shih-Hsuan; Yao, Chih-Yuan; Fang, Yu-Jen; Tan, Ping; Lee, RuenRone; Sheffer, Alla; Chu, Hung-Kuo (Sep 2020). "Micrography QR Codes". IEEE Transactions on Visualization and Computer Graphics. 26 (9): 2834–47. doi:10.1109/TVCG.2019.2896895. ISSN 1077-2626. PMID 30716038. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  3. ^ Chen, Rongjun; Yu, Yongxing; Xu, Xiansheng; Wang, Leijun; Zhao, Huimin; Tan, Hong-Zhou (2019-12-11). "Adaptive Binarization of QR Code Images for Fast Automatic Sorting in Warehouse Systems". Sensors (dalam bahasa Inggeris). 19 (24): 5466. Bibcode:2019Senso..19.5466C. doi:10.3390/s19245466. PMC 6960674. PMID 31835866.
  4. ^ "QR Code Essentials". Denso ADC. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2013. Dicapai pada 12 March 2013.
  5. ^ Rimma Kats (23 Januari 2012). "Starbucks promotes coffee blend via QR codes". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2016. Dicapai pada 26 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Jenny Lee (4 Januari 2012). "Tesco's cool QR code advertising campaign". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2016. Dicapai pada 26 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "WeChat Pay". Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "PayTM". Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Payment methods in China: How China became a mobile-first nation". Daxue Consulting. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2020. Dicapai pada 2020-06-23.
  10. ^ Puthut Ami Luhur (4 April 2018). "Unika Gunakan Barcode untuk Presensi Kuliah" (HTML). Suara Merdeka. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  11. ^ "Unika Soegijapranata Menyikapi Pemalsuan Ijazah" (HTML). News@Unika Soegijapranata. Universitas Katolik Soegijapranata. 21 September 2015. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  12. ^ Puthut Ami Luhur (4 Oktober 2018). "Bayar Denda di Perpustakaan Unika Bisa Pakai OVO". Suara Merdeka. Dicapai pada 6 Oktober 2018.
  13. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2017. Dicapai pada 23 Februari 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  14. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2017. Dicapai pada 23 Februari 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]