Tidak dapat menebus kad hadiah Netflix

Jika anda tidak dapat menebus kad hadiah Netflix, cuba langkah berikut untuk membetulkan mesej ralat atau isu yang anda hadapi.

Jika anda melihat mesej yang menyatakan kod yang anda masukkan telah digunakan, hal ini biasanya bermaksud kad tersebut telah ditebus pada akaun. Semak halaman Sejarah Pembayaran atau Keahlian untuk melihat sama ada baki kad hadiah sudah digunakan. Jika anda tidak melihat baki kad hadiah pada akaun anda, sila hubungi kami.

Jika anda melihat mesej yang menyatakan kod anda tidak sah, hal ini biasanya bermaksud terdapat masalah dengan kod yang anda masukkan. Semak semula kod dan cuba masukkannya sekali lagi.

Jika anda telah memasukkan kod dengan betul tetapi masih dipaparkan mesej ini, hal ini mungkin bermakna kad anda masih belum diaktifkan oleh pedagang yang telah anda beli kad hadiah. Sila tunggu selama 24 jam sebelum cuba menebus kad hadiah anda sekali lagi. Jika anda masih dipaparkan dengan mesej ini, sila hubungi kami.

  1. Lawati netflix.com/clearcookies untuk mengosongkan kuki Netflix; langkah ini akan mendaftar anda keluar daripada akaun anda.

  2. Lawati netflix.com/redeem dan cuba tebus kad hadiah anda sekali lagi.

Jika anda masih melihat mesej ini, hal ini mungkin bermakna kad anda masih belum diaktifkan oleh pedagang. Sila tunggu selama 24 jam sebelum cuba menebus kad hadiah anda sekali lagi. Jika anda masih dipaparkan dengan mesej ini, sila hubungi kami.

Jika anda melihat mesej yang menyatakan kod yang anda masukkan tidak boleh digunakan dengan akaun anda, hal ini biasanya bermaksud anda cuba menebus kad hadiah pada akaun yang dibilkan melalui Apple atau dipautkan kepada pakej yang disertakan Netflix.

  • Jika anda membayar melalui Apple buat masa ini dan anda ingin menggunakan kad hadiah Netflix, anda perlu membatalkan akaun Netflix anda dan menunggu sehingga akaun tersebut ditutup, kemudian memulakannya semula menggunakan kad hadiah anda.

  • Jika akaun anda dipautkan kepada pakej yang disertakan Netflix, anda boleh menyimpan kad hadiah tersebut dan menggunakannya apabila akaun anda tidak lagi dipautkan kepada pakej atau anda boleh menebusnya pada akaun Netflix yang lain.

  1. Lawati netflix.com/clearcookies untuk mengosongkan kuki Netflix; langkah ini akan mendaftar anda keluar daripada akaun anda.

  2. Lawati netflix.com/redeem dan cuba tebus kad hadiah anda sekali lagi.

Jika anda masih melihat mesej ini, hal ini mungkin bermakna kad anda masih belum diaktifkan oleh pedagang. Sila tunggu selama 24 jam sebelum cuba menebus kad hadiah anda sekali lagi. Jika anda masih dipaparkan dengan mesej ini, sila hubungi kami.

Jika anda melihat mesej yang menyatakan kod hadiah yang anda masukkan tidak sepadan dengan negara, hal ini biasanya bermaksud mata wang kad hadiah tidak sepadan dengan mata wang pengebilan anda. Mata wang kad hadiah mestilah sepadan dengan mata wang pengebilan anda agar kad hadiah berjaya ditebus.

Jika anda yakin bahawa anda menerima mesej ini secara salah, sila hubungi kami.

Jika anda tidak dapat membaca kod pada bahagian belakang kad anda disebabkan kad tersebut tercalar atau rosak, sila hubungi kami.

Jika anda melihat mesej ini, hal ini bermaksud anda cuba menebus kad hadiah pada akaun yang dibayar oleh orang lain.

Anda boleh mencipta akaun berasingan jika anda mahu membayar Netflix dengan kad hadiah.

Artikel Berkaitan