Kemas barang anda dan bersedia untuk memalu perjalanan anda untuk pengetahuan, Wikimania 2026 sampai ke Paris!
Dari 21–25 Julai 2026, Kota Cahaya akan menjadi tuan rumah Wikimediawan dari seluruh dunia untuk lima hari penuh perhubungan, usahasama dan sambutan. Apakah tempat terbaik untuk mengadun sejarah, budaya, dan dan idea mengubah dunia lebih daripada Paris, di mana perubahan, penemuan, dan inspirasi bergemawangan selama berdekad-dekad?
Tahun ini lebih istimewa kerana Wikipedia menginjak usia 25! Untuk suku abad ini, para sukarelawan di mana-mana telah membina sumber pengetahuan bebas terbesar dalam sejarah. Wikimania Paris akan menjadi pentas sempurna untuk meraikan pencapaian luar biasa ini dan untuk mengimpikan perkara lebih besar untuk 25 tahun mendatang.
Tema kita: Kebebasan, Kesaksamaan, Keandalan
Tema tahun ini: “Kebebasan, Kesaksamaan, Keandalan”, yang bukan sekadar slogan. Ia adalah sebuah seruan untuk bertindak. Dalam sebuah dunia di mana pengetahuan semakin diancam oleh tekanan politik, media, dan teknologi, projek Wikimedia kekal sebuah ruang selamat yang langka untuk berkongsi pengetahuan secara bebas, terangkum, dan andal.
- Kebebasan bermaksud hak untuk menyertai, menunjukkan diri sendiri, menyunitng, dan berinovasi dengan selamat. Ini ialah kebebasan untuk berkongsi pengetahuan tanpa getar, dan untuk memastikan bahawa setiap suara boleh didengari.
- Kesaksamaan memastikan bahawa semua orang, tanpa mengira latar belakang atau sumber, mempunyai makna untuk menyumbang dan mencapai pengetahuan. Ia adalah mengenai pembinaan sebuah ensiklopedia yang berkepelbagaian, terangkum, dan mewakili sejagat.
- Keandalan ialah komitmen kita untuk kandungan berfakta, berkecuali, dan boleh disahkan. Dalam sebuah era maklumat salah, projek Wikimedia ialah sebuah suar bagi maklumat yang boleh dipercayai untuk semua orang, daripada pelajar kepada wartawan sehingga ke pembangun AI.
Di Wikimania Paris, kita akan meneroka semua nilai ini bersama-sama, memperkuar komuniti kita, dan bertindak untuk melindungi capaian bebas kepada pengetahuan sedunia.

Mohonlah Biasiswa!
Permohonan bagi biasiswa dibuka pada 10 September 2025! Jika anda berminat untuk menyertai Wikimania di Paris, biasiswa tersedia untuk menampung perjalanan, penginapan, dan pendaftaran. Ia terbuka kepada para Wikimediawan di mana-mana sahaja, dan kami menggalakkan kepada mereka dari komuniti yang kurang diwakili untuk memohon.
Mohon di sini sehingga 31 Oktober 2025, dan pemohon yang berjaya akan diberitahu pada Januari 2026. Seperti tahun-tahun sebelum ini, penerima biasiswa akan diminta untuk menyumbang 4–6 jam masa sukarela semasa Wikimania, dengan pilihan untuk memberi lebih jika mereka suka. Semua penerima biasiswa juga dilindungi di bawah Dasar Insurans Perjalanan yayasan Wikimedia.
Bagi membantu anda untuk permohonan biasiswa, beberapa sesi penerangan akan diadakan untuk memandu anda melalui proses tersebut. Nantikan perkembangan dan baca selanjutnya mengenai tema di sini. Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi pasukan pengurus di wikimania-scholarships@wikimedia.org.
Jangan lepaskan peluang untuk menyambut 25 tahun Wikipedia di Kota Cahaya, berhubung dengan Wikimediawan dari seluruh dunia, dan menjadi bahagian membentuk masa depan pengetahuan bebas. Paris sedang menanti—dan begitu juga rakan-rakan penyumbang anda!
Lihat kenyataan privasi tinjauan biasiswa.
Can you help us translate this article?
In order for this article to reach as many people as possible we would like your help. Can you translate this article to get the message out?
Start translation